Wednesday, December 28, 2011

~ only you dear ~

hey peeps ! Assalamualaikum :') ouhh yeahh.. how r u? i hope u guys fine act ;') rinduuuu meh dekat blog nihh !!! Aummmmmm... kepada sesiapa yang baca tuhh , thank you sebab sudi baca entry nihh.. nonsence right okayy , i know that :') ouhya ! hidup kita daa semakin boring kan ? *menaip sambil menangis* tapi , hmmm... susah jugak kan single single nih? dekat sapa kita nak luahkan semuanya? dekat mama? parents? kawan? macam larh depa nak dengaq semuanya.. cerita sikit dah nak membebel.. hmm , ntah kenapa semakin aku nak lupakan dia , semakin hari aku rindukan dia.. sayang dia macam dulu :'/ seksa weh macam nihh.. sorry kalau awak baca entry nihh.. serius ohh ! semakin benci , semakin sayang.. even kita daa takda apa apa hubungan , tapi Ya Allah :'( seksaaaaaaaaaa sangat bagi aku doe.. banyak sangat moment yang tak buley aku nak lupakan.. :'( now , dia daa ada life baru.. tumpang bahagia.. :) tiap tiap hari aku salu usha phone aku walaupun aku tau dia takkan texting daa sebab aku tak suka.. now , aku kerap pulak cari alasan untuk aku text sama dia.. hampa , kenapa jadi macam nih? kenapa kenapa dan kenapa? hmm , asal pegi sana sini mesti berdoa supaya terserempak dengan dia.. tapi , doa aku tak termakbul pun.. :'( nak jugak tengok muka dia yang tengah bahagia tuu.. :( dan aku nak jugak suruh dia tengok muka aku yang tengah terseksaaaaa nihh.. sumpah doe , susah sangat nak lupakan dia.. kalau awak baca this entry.. sorry , mintak diabaikan entry nihh.. hanya sekadar luahan hati.. :') *menangis sambil menangis lagi* semua orang tak pedulikan pasal aku.. dulu ada awak buley laa jugak awak msg-2 kita , buat kita happy , buat kita menangis , buat kita gelak sensorang , senyum sensorang.. i miss the old of us bhai :'( tak buley nak lupakan awak even awak daa ada teman hidup baru.. hope kekal jyeahh.. kita cakap semua nihh betul betul tau awak.. bukan main main.. jangan ingat kita main main kay ? i'm serius.. 14032010 tetap dihati kita awak.. okay , now daa petang.. time untuk saya lepaskan rinduu saya dekat awak cayang.. can? hmmm , :'( *mengesat air mata* okay laa awak.. entry nih khas buat awak.. mintak maaf kalau tak suka.. harap awak happy yea cayang? i'll pray of your happiness.. hmmmm ~ byeeeeeeeee u olls ! :'(

Saturday, December 24, 2011

~ ERTI PERSAHABATAN YANG SEBENAR ~

   Erti persahabatan tak pernah lupus dalam jiwaku, meskipun nilai – nilainya pudar dibawa arus masa. Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri…tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuranN seorang sahabat, begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti…kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, ‘memaksa’ dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti, dia juga tahu rasa kecewa…tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa…bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan…kita tidak tahu…tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Jika anda bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda. Jika anda bermusuhan dengan sahabat anda, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan kalian.
Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tetapi persahabatan tidak akan ada tanpa rasa hormat. Ini merupakan salah satu hal yg membuatkan sesuatu persahabatan itu lebih berharga daripada cinta.